Friday 24 February 2012

SK KAMPUNG SEBERANG, LAWAS

Sejarah.......

SK Kampung Seberang, Lawas terletak di Kuala Sungai Lawas tidak jauh dengan laut. Sekolah ini boleh dihubungi samada melalui sungai atau jalan raya.
    SK Kampung Seberang yang nama asalnya Sekolah Rakyat Kampung Dato’ Kuala Lawas dibuka pada penghujung tahun 1950 ‘ an iaitu ketika zaman pemerintahan Inggeris. Muridnya pada ketika itu cuma sekitar 30 orang.
   Bangunan sekolah pada ketika itu masih beratapkan daun nipah dan berdindingkan kulit kayu serta didirikan berlantaikan tanah. Pada sekitar tahun 1970, sekolah tersebut telah dipindahkan ke tapak yang baru seperti yang ada sekarang. Pada masa itu bilangan muridnya bertambah lagi sehingga sekitar 50 orang. Kawasan tapak sekolah yang ada sekarang ini mempunyai keluasan kira-kira 11 ekar.
     Bangunan awal yang didirikan di atas tapak sekolah ini sekarang cuma dapat bertahan selama lebih kurang 20 tahun kerana bangunan tersebut akhirnya roboh. Ekoran daripada peristiwa tersebut, sebuah bangunan baru yang mempunyai empat buah bilik telah dibina melalui peruntukan khas dan sebuah lagi bangunan tambahan secara gotong-royang.
     Bilangan murid kini semakin bertambah hingga mencapai 100 orang. Sehubungan dengan itu, bilangan guru, kelas, rumah guru dan sebagainya juga turut bertambah.
     Pada tahun 2002 dua blok bangunan konkrit telah siap dibina. Blok baru ini mula digunakan pada 15 Mac 2002. Bangunan baru ini telah dirasmikan pada 18 Mei 2006 bersamaan 20 Rabiulakhir 1427M (Hari Khamis). Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Noh Bin Haji Omar iaitu Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia II.